Rabu, 14 Disember 2011

QORIN





HAKIKAT QORIN

Qorin adalah jin yang diciptakan Allah sebagai pendamping manusia. Setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai Qorinnya yang tersendiri.Malah Rasulullah S.A.W juga mempunyai Qorinnya, tetapi Qorin Baginda telah diislamkan ,sedangkan Qorin yang berada di samping kita adalah kafir.
  Secara dasarnya, Qorin kafir ini mendorong manusia yang di dampinginya bagi membuat kejahatan.Dalam masa yang sama ,ia menganggu manusia daripada melakukan kebaikan.Ia menganggu manusia ketika solat,membaca al -Quran atau belajar. Ia menimbulkan perasaan was-was dan tidak khusyuk.
   Memgimbangi kejahtan Qorin ,Allah mengutuskan malaikat bagi membisikan kebaikan dan mengajak mereka melakukan kebaikan dan ibadah.Maka manusia diberikan pilihan bagi mengikut arah yang dikehendakinya . Orang yang berjaya mengatasi hasutan Qorinnya , membuatkan ia lemah dan tidak berdaya.Jika tidak , maka Qorin inilah yang akan menguasainya.
  Qorin berpisah dengan manusia yang didampinginya apabila manusia tersebut meninggal dunia,tetapi Qorin ini tidak mati dan akan terus tinggal di DUNIA.Di akhirat kelak,semua Qorin akan dihadapkan di hadapan Allah bagi di adili.Mereka TIDAK AKAN BERTANGGUANGJAWAB DI ATAS SEGALA DOSA YANG DILAKUKAN OLEH MANUSIA YANG DIDAMPINGI ,walaupun mereka yang mengajak melakukan dosa tersebut.


PUNCA PENGUASAAN JIN QORIN KE ATAS MANUSIA.

Antara punca yang menyebabkan Qorin berjaya mempengaruhi manusia sehinga mengikut kehendak jin ini melakukan maksiat.

  • Apabila bisikan-bisika Qorin sering di patuhi sehingga menusia menjadi hamba kepadanya.
  • Apabila ada manusia lain yang menggunakan sihir atau ilmu hitam bagi membangkitkandan menguatkan Qorin hingga dapat menguasai manusia lain.



SIMPTOM ORANG DIKUASAI QORIN

  • Orang yang dikuasai Qorin akan berterusan merasa was- was dan ragu-ragu dalam melakukan ibadah sehingga terpaksa berwuduk berulang kali ,tidak pasti bilangan dalam solat dan lain-lain .Ia juga mencetuskan perasaan prasangka dan cemburu kepada orang lain hingga menimbulkan sengketa antara  keluarga ,jiran tetangga dan rakan-rakan.
  • Apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran ,dia akan menguap seperti orang mengantuk.
  • Apabila dibacakan surah al -Nas dia akan menangis
  • Terlalu banyak mengeluh dalam keadaan dirinya
RAWATAN RUQYAH BAGI ORANG YANG DIKUASAI QORIN

  • Baca surah Al fatihah ( 7 kali)

  • Baca surah Thaha ( 3 kali )
  • Baca surah Yunus ( 3 kali )
  • Baca surah yasin (ayat 71,72,73 )(11 kali)
  • Baca surah al ikhlas ( 3 kali)

 
  • Baca surah al falaq ( 3 kali)



  • Baca surah al nasr ( 3 kali )


RAWATAN MENGUSIR QORIN
  • Baca surahal kafirun dalam seminggu (1002 kali )




  • Baca surah al ikhlas dalam seminggu (1002 kali ) -bacaan boleh rujuk di atas
  • Baca surah al falaq dalam seminggu (1002 kali )-bacaan boleh rujuk di atas
  • Baca surah al nasr dalam seminggu (1002 kali )-bacaan boleh rujuk di atas

DENGAN IZIN ALLAH SELEPAS MENGAMALKAN RUQYAH INI QORIN YANG MENGUASAI MANUSIA DAPAT DILEMAHKAN .SEHINGGA KITA DAPAT MENYEMPURNAKAN IBADAH DENGAN BAIK
WASALAM.

Ahad, 11 Disember 2011

Azdah al-Khaldah Mengatur Teknik Perang

    Azdah binti al-Haris bin al-Khaldah menunjukan kebijsanan dan kepintaran sebagai seorang perancang teknik peperangan yang menakutkan angkatan tentera Parsi semasa membuka wilayah Iraq .
   Peperangan yang disertai oleh Azdah al-Khaldah adalah Perang Maisan atau Perang Mazar.Maisan adalah sebuah daerah di selatan negara Iraqyang di perintah oleh gabenor Empayar Parsi.Maisan adalah sebuah lembah yang dipenuhi dengan beberapa buah banandar kecil di antara Basrah dengan Wasit.Mazar pula adalah sebuah bandar di mana terletaknya pusat pemerntahan daerah Maisan .Msyarakat tempatan yang mendiami daerah Maisan menganut agama Parsi dan setia pada Maharaja Parsi.


   Pada tahun ke 633 Masihi ,Konmander Khalid al-Walid memimpin satu angkatan tentera bertempur dengan angkatan tentera Parsi yang berkubu di bandar Mazar.
   Selepas mengalahkan angktan tentera Parsi dalam peperangan Kazima ,angkatan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid mengambil keputusan berehat seketika sebelum bergerak lebih jauh ke pendalamn Negara Iraq.
   Panglima Maaqal bin Muaqarin di perintahkan oleh Komander Khalid al-Walid memimpin satu pasuka tentera bagi menawan bandar Ubala .






   ''Komander Khalid ,Panglima Muthana melaporkan ada angkatan tentera Pasri yang mula membina kubu di Mazar.Mereka mungkin sedang merancang melancarkan serangan besar-besaran melawan .Mereka mahu membalas dendam atas kekalahan mereka di Kazima.'' kata Panglima Maaqal.Utusan Pangliam Asim dan Panglima Adi keluar menyahut cabaran itu.
   Semua mata tertumpu pada pertempuran empat orang panglima tentera yang tidak mahu mengaku kalah .Akhirnya,panglima Asim dapat membunuh Panglima Anusjan dan Panglima Adi pula  dapat membunuh  Panglima Qabad.


   ''Allahu Akhbar !Serang dan memusnahkan tentera musuh,'' laung Komander Khalid al-Walid sejurus tiga orang pegawai atasan angkatan tentera Parsi gugur menyembah bumi .
Pertempuran berlaku dengan sengit antara dua buah angkatan tentera yang mahukan kejayaan di pihk masing-masing.Walaupun kehilangan tonggak pimpinana ,angkatan tentera Parsi tidak mahu mengaku kalah dengan begiti mudah .Biloangan mereka yang lebih banyak daripada tentera Islam membuatka mereka lebih yakin dapat menewaskan angkatan tentera Islam dengan mudah.


   Pada masa yang sama ,Azdah yang berada di perkhemahan tentera Islam memerhatikan pertempuran yang berlaku di antara tentera Islam dengan tentera Parsi .Dia dapat melihat bilangan tentera Parsi yang begitu ramai sedang mengasak tentera Islam yang berjuang bermati-matian .Perasaan bimbang menjalar dalam hatinya.


   ''Saya risau dan takut jika ada pasukan tentera Parsi yang berjaya melepasi pertahanan angkatan tentera Islam ,lalu menyerang kawasan perkhemahan yang didiami oleh isteri-isteri angkatan tentera Islam .Tidak ada siapa yang dapat melindungi kami seandainya berlaku situasi seperti itu.Semua angkatan tentera Islam sedang  bertempur dengan pihak musuh .Saya harus merancang sesuatu supaya kita semua selamat dari pihak musuh.'' Azdah duduk lalu memikirkan strateri terbaik bagi menakutkan tentera Islam.



   ''Wahai Musliamah semua ! Kaum lelaki kita sedang bertempur sengit dengan pihak musuh ,sementara kita semua adalah kaum wanita yang lemah .Kita tidak selamat jika pihak tentera musuh datang menyerang kita kerana tidak ada orang yang melinduni kita .Sya bimbang seandainya bilangan tentera musuh terlalu ramai sehinggakan pihak musuh dapat mengalahkan mereka .JIka kita keluar sekarang ke medan pertempuran ,kita akan selamat dari apa yang kita  takutkan.Pihak musuh akan menyangka kita semua merupakan angkatan tentera bantuan kepada tentera Islam yang sedang berperang dan pihak musuh akan melarikan diri kerana takut.'' Azdah mengatakan apa yang tersirat di hatinya , lalu menyusun strategi bagi menakutkan pihak tentera Parsi.


   ''Kami setuju !'' kesemua wanita berkumpul di hadapan Azdah al-Khaldah menyatakan persetujuan bagi mara ke medan pertempuran.


   ''Buat bendera daripada kain tudung mu !'' arah Azdah al-Khaldah yang mula membaut bendera ,lalu diikuti oleh wanita-wanita lain .
Mereka semua berarak keluar dari kawasan perkhemahan dan mereka meuju ke medan pertempuran.Azdah al-Khaldah yang memimpin mereka bersyair dengan nada yang kuat memangil kemenangan ke atas pihak Islam . Barisan warisan-warisan itu  yang begitu ramai menghampiri medan perang membuatkan angkatan tentera Parsi terkejut dan mula rasa takut.


   ''Angakatan tentera bantuan bagi pihak Islam sudah tiba. Kita dalam bahaya sekarang !'' jerit salah seorang panglima tentera Parsi apabila melihat angkatan tentera baru tiba,lalu bergabung dengan angkatan tentera Islam yang sedang berperangdengan mereka .Tumpuan pihak tentera Parsi mula hilang.Mereka sudah mula kucar-kacir kerana perasaan bimbang mula menjalar dalam segenap tubuh mereka.Mereka tidak mungkin menghadapi bilangan tentera yang lebih besar daripada mereka.Ada yang mula mencampakkan pedang dan tombak ,lalu berlari menuju ke arah sungai Tigrisbagi menyelamatkan diri mereka .Mereka tidak mahu mati atau menjadi tawananpihak tentera Islam.


   ''Lari ke arah sungai dan selamatkan nyawa kamu.Kita tidak mungkin menang dalam pertempuran ini !'' jerit panglima - panglima tentera Parsi yang mula menarik diri dari medan petempuran.


   Peluang keemasan yang muncul di hadapan mata digunakan sepenuhnya oleh tentera Islam .Mereka mengejar tentera Parsi yang melarikan diri kerarah sungai Tigris.Ada yang melawan tentera Islam sehingga terpaksa di bunuh dan ramai juga yang menjadi tawanan pihak tentera Islam. Pihak tentera Islam berjaya mengalahkan angkatan tentera Parsi buat kali ke Dua.


Kebijaksanaan  dan strategi Azdah al- Khaldah berjaya membuat pihak tentera Parsi menjadi takut sehingga mereka menarik diri dari berperang tentera Islam. Azdah al-Khaldah merupakan srikandi Perang Mazar yang berjaya membuatkan tentera Islam memperoleh kemenangan terhadap tentera Parsi. `-SEKIAN

Isnin, 28 November 2011

Khaulah Menggerunkan Musuh Islam...

  Khaulah binti Azwar tangkas melawan musuh.Dia adik kepada Dhirar bin Azwar. Dia juga terkenal sebagai penunggang kuda setanding dengan kaum lelakipada ketika itu.
  Khaulah banyak menyertai peperangan dan pernah membebaskan tawanan wanita yang ditawan oleh tentera Rom di Negara Syria.

  Kisah ini berlaku sewaktu pertempuran antara tentera Rom dan tentera Islam.Ketika kedua-dua  belah pihak sedang bertarung dengan hayunan pedang,hujan anak panah dan lemparan tombak yang tidak mengenal mangsa ,tiba-tiba muncul seorang pejuang serba hitam di tengah-tengah medan pertempuran.
  Pejuang itumenerpa ke arah tentera Rom dengan penuh semangat dan keberanian sambil melibas badan tenteraRom dengan pedangnya.


  ''Siapa pejuang itu?''tanya komander Khalid bin Al-Walid kepada tenteranya.Beliau begitu kagum dengan kehandalanpejuang misteri itu yang menumbangkan tentera Rom

  ''Sya tidak pasti komander.Cara dia menerkam dan merobek tubuh musuh dengan pedang dan tombaknya memang menakutkan.Lihat Tuan komander ,sesekali hayunan pedangnya dapat menumbangkan beberapa orng tentera musuh.''  Puji tentera di sebelah Komander Khalid.