Isnin, 28 November 2011

Khaulah Menggerunkan Musuh Islam...

  Khaulah binti Azwar tangkas melawan musuh.Dia adik kepada Dhirar bin Azwar. Dia juga terkenal sebagai penunggang kuda setanding dengan kaum lelakipada ketika itu.
  Khaulah banyak menyertai peperangan dan pernah membebaskan tawanan wanita yang ditawan oleh tentera Rom di Negara Syria.

  Kisah ini berlaku sewaktu pertempuran antara tentera Rom dan tentera Islam.Ketika kedua-dua  belah pihak sedang bertarung dengan hayunan pedang,hujan anak panah dan lemparan tombak yang tidak mengenal mangsa ,tiba-tiba muncul seorang pejuang serba hitam di tengah-tengah medan pertempuran.
  Pejuang itumenerpa ke arah tentera Rom dengan penuh semangat dan keberanian sambil melibas badan tenteraRom dengan pedangnya.


  ''Siapa pejuang itu?''tanya komander Khalid bin Al-Walid kepada tenteranya.Beliau begitu kagum dengan kehandalanpejuang misteri itu yang menumbangkan tentera Rom

  ''Sya tidak pasti komander.Cara dia menerkam dan merobek tubuh musuh dengan pedang dan tombaknya memang menakutkan.Lihat Tuan komander ,sesekali hayunan pedangnya dapat menumbangkan beberapa orng tentera musuh.''  Puji tentera di sebelah Komander Khalid.

Tiada ulasan: